Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN SEMPENA RAMADAN KAREEM 1447H

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADAN KAREEM 1447H

SULH Centre, 17 Mac 2026 (27 Ramadan 1447H) – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena Ramadan Kareem 1447H yang berlangsung dengan penuh keberkatan di SULH Centre.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan amalan membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan warga JKSNK di samping mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh nilai-nilai kerohanian dalam perkhidmatan.

Program tersebut turut diserikan dengan penyampaian naskhah Al-Quran oleh Y.A.A Dato’ Haji Syeikh Abd Rahman bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie kepada pegawai setiap unit di JKSNK sebagai simbol galakan berterusan untuk mendekati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian dan tugasan rasmi.

Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan JKSNK yang bersama-sama mengambil peluang mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan yang memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah dan integriti warga kerja.

Tags :