Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

SESI FOTOGRAFI RAYA JKSNK 2026

SESI FOTOGRAFI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026

Alor Setar, 17 Mac 2026 (27 Ramadan 1447H) – Satu sesi fotografi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 telah diadakan di Lounge SULH Centre, melibatkan penyertaan semua kakitangan daripada setiap unit di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK).

Sesi ini telah menghimpunkan warga JKSNK dalam suasana ceria dan penuh semangat Aidilfitri, sekali gus menjadi platform untuk merakam kenangan bersama sebagai satu pasukan yang bersepadu.

Penganjuran sesi fotografi ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, memupuk semangat kerja berpasukan serta menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh kebersamaan. Selain itu, ia juga berperanan sebagai medium dokumentasi rasmi jabatan bagi tujuan rekod dan kenangan organisasi.

Tags :