Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

AKTIVITI SUKAN (PENTAQUE) DAN GOTONG ROYONG DI BAHAGIAN ICT SERTA SETOR UTAMA HQ JKSNK

Pada 16 Julai 2026 (Khamis), Bahagian ICT bersama Setor Utama HQ telah menganjurkan Aktiviti Sukan (Petanque) dan Gotong-Royong yang berlangsung bermula 8.30 pagi di Padang Sebelah Sungai.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta membudayakan amalan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran tempat kerja. Aktiviti dimulakan dengan gotong-royong membersihkan kawasan sebelum diteruskan dengan pertandingan petanque dalam suasana santai dan penuh semangat kesukanan.

Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan budaya kerja yang sihat, meningkatkan kerjasama antara warga Bahagian ICT dan Setor Utama HQ, serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Tags :