Bagi menyemarakkan budaya hidup sihat, mengeratkan ukhuwah serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) akan menganjurkan Aktiviti Sukan Jabatan yang menampilkan acara Brisk Walk, Petanque dan Ping Pong.
🗓 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Padang Sebelah Sungai & Bilik Galeri, Aras Bawah
Menganjurkan Aktiviti Sukan Jabatan sebagai platform untuk membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental warga JKSNK, serta mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan dalam organisasi.













