Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Audit Aset Mrs Pendang 2026

Pendang 5 April-Pasukan audit aset dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah melakukan pengauditan aset di Mahkamah Rendah Syariah Pendang yang diketuai oleh Puan Syamsul Nadia bersama Tuan Mohamad Afif dan Encik Amirul. Audit ini dilaksanakan sebagai langkah memastikan semua aset berada dalam keadaan baik, terurus serta terkawal. Melalui audit tersebut, pemeriksaan menyeluruh telah dilakukan bagi mengenal pasti status semasa aset dan memastikan ia digunakan dengan efisien selaras dengan keperluan operasi mahkamah. Usaha ini juga mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam mengekalkan tahap pengurusan aset yang sistematik dan berintegriti.

Tags :