
Kubang Pasu, 28 Jun 2026 – Unit Audit Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah melaksanakan Audit Dalaman ISO di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kubang Pasu pada 28 Jun 2026.
Audit dalaman ini telah dijalankan oleh seramai tiga (3) orang auditor yang diketuai oleh Tn. Shahmi bin Awang. Pelaksanaan audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan terhadap keperluan standard ISO serta memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan dengan berkesan dan konsisten.
Sepanjang audit dijalankan, pihak auditor telah membuat semakan terhadap dokumentasi, prosedur kerja serta pelaksanaan proses di setiap unit berkaitan. Audit ini juga memberi ruang kepada penambahbaikan berterusan dalam aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.
Kerjasama yang baik daripada kakitangan MRS Kubang Pasu telah membantu melancarkan proses audit ini. Diharapkan hasil audit dalaman ini dapat memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah secara keseluruhannya.