Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

BENGKEL FARAID

Pada 2 April 2026 (Khamis), satu Bengkel Faraid telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan Pegawai Syariah daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK). Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kecekapan pegawai dalam pengurusan dan pengiraan faraid selaras dengan kehendak hukum syarak.

Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Kamaruslan bin Mustapha, Hakim Mahkamah Tinggi, yang berkongsi ilmu serta pengalaman praktikal berkaitan kes-kes faraid. Penyampaian beliau yang jelas dan berfokus telah memberi nilai tambah kepada peserta dalam memperkukuh kemahiran profesional masing-masing.

Bengkel ini diharapkan dapat mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khususnya dalam hal-hal berkaitan pembahagian harta pusaka secara adil dan sistematik.

Tags :