
6 Mei 2026 (Rabu) – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Delegasi telah disambut oleh Y.A.A Dato’ Abd Rahman bin Hj Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman),Tuan Amiruddin Putera bin Zainol Abidin (Ketua Pendaftar) serta Puan Azlina binti Azizan (Pendaftar OSC)
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan di samping membincangkan perkongsian maklumat dan penambahbaikan perkhidmatan berkaitan kebajikan serta pengurusan kes demi manfaat masyarakat.


