
ALOR SETAR, 8 Jun 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSN Kedah) melalui Unit ICT telah berjaya menganjurkan Kursus Modul E-Syariah (ESV3): Pendaftaran Kes dan Pengurusan Bailif pada 7 dan 8 Jun 2026 (Ahad dan Isnin) bertempat di Makmal ICT Multimedia PTMK, BTMK Aras 2, Wisma Darul Aman, Kedah.
Kursus ini telah disampaikan oleh tiga penceramah berpengalaman daripada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), iaitu Pn. Azliza binti Abu, Pn. Hasmaniza binti Ainullah dan Pn. Fazirah binti Abd. Ali.
Program ini melibatkan penyertaan Penolong Pendaftar, Penolong Pegawai Syariah, Pembantu Syariah serta Penghantar Notis daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pendaftaran kes dan pelaksanaan tugas-tugas bailif.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kemahiran pengguna terhadap penggunaan Modul E-Syariah Versi 3 (ESV3), khususnya dalam aspek pendaftaran kes, pengurusan dokumen dan pengendalian proses bailif secara lebih sistematik, cekap dan selaras dengan keperluan semasa pendigitalan perkhidmatan kehakiman syariah.
Antara objektif utama kursus ini adalah:
Kursus ini dianjurkan oleh Unit ICT JKSN Kedah di bawah penyelarasan Pegawai Teknologi Maklumat, Pn. Siti Raudhoh binti Md. Subri, dengan bantuan urus setia En. Mohd Norisam bin Sabran dan Pn. Zarita binti Halim.
Diharapkan penganjuran kursus ini dapat memperkukuh kompetensi warga kerja JKSN Kedah dalam mengendalikan sistem E-Syariah (ESV3) serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah kepada masyarakat.


















