7 Mei 2026 (Khamis) – Program “Menyeqhok Bersama Dato’ KHS” telah diadakan di Banquet Level 3, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dengan kehadiran pegawai dan kakitangan jabatan dalam suasana santai, mesra dan penuh ukhuwah.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dato’ Hj Abd Rahman bin Hj Abdullah (Ketua Hakim Syarie) yang menzahirkan penghargaan atas komitmen seluruh warga kerja jabatan serta menyeru agar semangat kerjasama dan kebersamaan terus diperkukuhkan.
Pelbagai juadah tradisional dan hidangan menarik disediakan antaranya nasi minyak, gulai rias pisang, ayam berempah, ulam-ulaman bersama sambal belacan, bihun goreng, kuew teow goreng, roti canai, ais kacang serta aneka manisan dan kuih-muih yang menambahkan lagi kemeriahan program.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni dalam kalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.














