Tarikh: 5 Ogos 2026
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kerja-Kerja Menaik Taraf Ruang Kaunter dan Ruang Menunggu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Baling pada 5 Ogos 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kemudahan kaunter perkhidmatan serta ruang menunggu bagi memastikan projek dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Antara objektif utama mesyuarat adalah:
Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah, sekali gus menyediakan persekitaran yang lebih selesa, kondusif dan profesional kepada orang awam serta warga kerja.




