
Kubang Pasu, 28 April – Satu pemeriksaan menyeluruh terhadap ciri-ciri keselamatan di pejabat telah dilaksanakan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat, teratur dan mematuhi piawan yang ditetapkan.
Pemeriksaan ini melibatkan semakan terhadap peralatan keselamatan seperti alat pemadam api, laluan kecemasan, papan tanda keselamatan serta sistem pendawaian elektrik. Selain itu aspek kebersihan dan susun atur ruang kerja turut diberi perhatian bagi mengelakan sebarang risiko kemalangan.
Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan kemudahan keselamatan berada dalam keadaan baik, namum beberapa penambahbaikan telah dicadangkan untuk tindakan lanjut.
Pihak pejabat komited untuk terus melaksanakan pemantauan berkala demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan semua warga kerja Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu.
Unit Media MRSKP