30 Julai 2026 | Perkarangan Kompleks JKSNK
Bagi membudayakan gaya hidup sihat serta menyemai semangat prihatin dalam kalangan warga jabatan, Program Kecergasan dan Kempen Derma Darah telah berjaya dianjurkan pada 30 Julai 2026 di Perkarangan Kompleks JKSNK.
Program ini menggabungkan aktiviti kecergasan dan tanggungjawab sosial melalui penganjuran acara sukan Ping Pong dan Petanque, di samping Kempen Derma Darah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga jabatan serta orang awam. Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, malah turut memupuk semangat kerja berpasukan, gaya hidup aktif dan kesedaran tentang kepentingan menderma darah sebagai satu amalan yang mampu menyelamatkan nyawa.
Tujuan program adalah untuk membudayakan amalan hidup sihat, meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental warga jabatan serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan melalui kempen derma darah.
Objektif program adalah seperti berikut:
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh budaya kerja yang sihat, produktif dan prihatin dalam kalangan warga JKSNK, di samping menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.



















