
SIK, 24 OGOS 2026 – Program Kembara Kasih Kebajikan Tahun 2026 ; Jejak Prihatin, Aspirasi Sejahtera yang berlangsung di Dewan Bandar Baru Beris Jaya hari ini mencapai matlamat. Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman. Kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Sik diberi kepercayaan untuk terlibat bagi memastikan kelancaran program sepanjang hari berkenaan. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.