Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

SAYEMBARA PESTA PANTUN: “KEDAH JELAPANG PADI, PESONA ABADI”

Pada 3 Jun 2026, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah menyertai Sayembara Pesta Pantun anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Kumpulan diberi nama Sahmura dengan tag line “Seteguh neraca, sehalus permata” di ketuai oleh Pengurus Puan Norlida Binti Zakaria.
Tiga Pemantun telah mewakili JKSNK Puan Syarifah Rayyanah, Puan Soffia binti Yusoff, Puan Norliza binti Yusof dan Cik Nurul Shazwana.

Sahmura di pertemukan dengan Kumpulan Srikandi BPME (dari JPS mekanikal) .Pertandingan antara kumpulan kami agak menarik kerana pertembungan antara Kehakiman dan mekanikal dalam satu wadah.

Sahmura menang menentang Srikandi BPME. Wakil dari Sahmura Cik Nurul Shazwana diumumkan sebagai pemantun terbaik antara dua kumpulan.

Sahmura berjaya menduduki tangga ke-5 dari 10 kumpulan bertanding. Namun, rezeki Sahmura terhenti disitu kerana hanya 4 kumpulan dengan markah tertinggi sahaja layak ke separuh akhir.

Tags :