Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

KURSUS PEMAHAMAN PENYATA KEWANGAN

KURSUS PEMAHAMAN PENYATA KEWANGAN

Pada 20 Mei 2026 (Rabu), telah berlangsung Kursus Pemahaman Penyata Kewangan yang disampaikan oleh Syed Mohd Ezman Bin Syed Zain bertempat di Bilik ICT, Bendahari Negeri Kedah. Kursus ini disertai oleh Penolong Akauntan, Penolong Pembantu Kewangan dan Pembantu Kewangan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah.

Tujuan kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap penyediaan, pembacaan dan analisis penyata kewangan secara lebih sistematik dan berkesan.

Objektif kursus:

  • Memberi pendedahan berkaitan komponen utama dalam penyata kewangan.
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam mentafsir maklumat kewangan.
  • Memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berintegriti.

Tags :