Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

MAJLIS PENYERAHAN ASET MRS KOTA SETAR

Pada 6 Ogos 2026, satu Majlis Penyerahan Aset Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar kepada Sekolah Agama Fauzi, Yan Kechil, 06900 Yan, Kedah Darul Aman telah dilaksanakan dengan kerjasama kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah. Serahan aset sebanyak 31 item melibatkan peralatan pejabat seperti kerusi dan meja untuk kegunaan sekolah berkenaan. Majlis disempurnakan oleh Tuan Ketua Pendaftar Tuan Syeikh Amiruddin Putra bin Zainol Abidin dan Ustaz Mohd Rusdi bin Ishak @ Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama Fauzi

Tags :