Bengkel Pengurusan Kerja dan Teknikal Laman Web Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah diadakan pada 28 April 2026 bertempat di BMU Aras 3, JKSNK. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Aida binti Mustafa dari BTMK Kedah dengan urusetia terdiri daripada En. Norisham dan Pn. Zarita dari Unit ICT JKSNK. Turut hadir ialah Pegawai Teknologi Maklumat JKSNK, Pn. Raudhoh binti Md Subri bersama peserta yang terdiri daripada kakitangan setiap unit dan daerah JKSNK.
Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kandungan laman web, memperkukuh kemahiran teknikal kakitangan serta memastikan penyampaian maklumat jabatan lebih sistematik, tepat dan berkesan kepada orang awam.







