Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK JABATAN (2026-2030) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

ALOR SETAR, 3 Mei 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Jabatan bagi tempoh 2026 hingga 2030 pada 2 hingga 3 Mei 2026 bertempat di Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN).

Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan. Program ini dianjurkan sebagai usaha memperkukuh perancangan strategik jabatan selaras dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk merangka hala tuju strategik jabatan bagi tempoh lima tahun akan datang, di samping mengenal pasti isu serta cabaran semasa dalam penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah. Selain itu, bengkel ini turut memberi fokus kepada perumusan objektif strategik, pembangunan inisiatif berimpak tinggi serta penyediaan pelan tindakan yang komprehensif.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut terlibat dalam sesi perbincangan dan percambahan idea secara berfokus bagi membangunkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta mekanisme pemantauan yang lebih sistematik. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan pada masa akan datang.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh tadbir urus organisasi serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan, cekap dan memenuhi keperluan rakyat.

Tags :