Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL APC PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH TAHUN 2025

ALOR SETAR, 2026 – Seramai 10 orang pegawai dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025 dalam Majlis Penyampaian Sijil APC Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon, Kedah.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi luar biasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Senarai penuh penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • En. Muhammad Taufiq bin A. Razak
  • En. Mohd Hatim Zuhdi bin Abd Rahim
  • En. Mohammad Ihsan bin Ahmad
  • En. Salmi bin Salleh
  • En. Jalani bin Madon
  • En. Shahrul Naim bin Md Shariff
  • Pn. Faridah binti Ismail
  • Pn. Syahida binti Salleh
  • Pn. Siti Amrah binti Haji Tayib
  • Pn. Nuraishah binti Mohd Lazim
  • Pn. Nurul Soffia binti Yusof

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima APC atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan, meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberi inspirasi kepada warga kerja yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tags :