AKTIVITI PELUPUSAN REKOD DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH LANGKAWI
Langkawi – Unit Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) telah melaksanakan aktiviti pelupusan rekod di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Langkawi selama dua hari, iaitu pada 14 hingga 15 Jun 2026.
Kerja-kerja pelupusan tersebut telah dikendalikan oleh Puan Rabiatul Addawiyah binti Mansur, Pegawai Unit Rekod JKSNK, dengan kerjasama pegawai dan kakitangan MRS Langkawi. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memastikan rekod-rekod yang telah mencapai tempoh pelupusan mengikut jadual pelupusan rekod yang ditetapkan dapat diuruskan secara sistematik, teratur dan mematuhi peraturan pengurusan rekod kerajaan.
Sepanjang tempoh dua hari pelaksanaan, proses semakan, pengasingan, penyediaan senarai pelupusan serta tindakan pelupusan rekod telah dijalankan dengan teliti bagi memastikan hanya rekod yang layak sahaja dilupuskan. Aktiviti ini juga bertujuan mengoptimumkan ruang penyimpanan rekod di mahkamah serta meningkatkan kecekapan pengurusan rekod jabatan.
Pelaksanaan aktiviti pelupusan rekod secara berkala merupakan salah satu inisiatif penting dalam memastikan tadbir urus rekod yang cekap, selamat dan selaras dengan garis panduan pengurusan rekod yang berkuat kuasa.







