Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

BENGKEL GUBALAN UNDANG-UNDANG – Pindaan Dokumen Hakam

BENGKEL GUBALAN UNDANG-UNDANG PINDAAN DOKUMEN HAKAM

Yan, Kedah | 18 Jun 2026

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) telah menganjurkan Bengkel Gubalan Undang-Undang Pindaan Dokumen Hakam pada 18 Jun 2026 bersamaan 2 Muharram 1448H bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Yan, Kedah.

Bengkel ini diadakan bagi membincangkan cadangan penambahbaikan serta pengemaskinian dokumen berkaitan Hakam agar selaras dengan keperluan perundangan semasa, amalan terbaik dan kehendak prosedur Mahkamah Syariah. Program ini turut menjadi platform bagi perkongsian pandangan serta perbincangan konstruktif dalam kalangan pegawai yang terlibat bagi memastikan dokumen yang digubal lebih jelas, komprehensif dan berkesan dalam pelaksanaannya.

Melalui penganjuran bengkel ini, diharapkan proses pengendalian kes-kes yang melibatkan Hakam dapat diperkasakan seterusnya meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah kepada masyarakat.

Semoga segala usaha dan perbincangan yang dilaksanakan sepanjang bengkel ini mendapat keberkatan serta memberi manfaat kepada institusi kehakiman syariah di Negeri Kedah.

Tags :