Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Briswalk Bersama YAA Ketua Hakim Syarie

YAN, 18 Jun 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah menganjurkan Program Briskwalk yang melibatkan pegawai-pegawai syariah sebagai usaha memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan.

Program yang berlangsung di kawasan Pantai Murni, Yan itu telah diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan disertai oleh pegawai-pegawai syariah dari pelbagai bahagian. Pantai Murni yang terkenal dengan pemandangan pesisir pantai yang menarik dan suasana nyaman menjadi lokasi yang sesuai bagi aktiviti riadah serta pengukuhan hubungan warga kerja.

Selain aktiviti berjalan santai, peserta turut mengadakan lawatan ke Masjid Terapung Yan di Kampung Ruat. Masjid yang kini menjadi mercu tanda baharu daerah Yan itu dijangka muncul sebagai antara tarikan pelancongan utama di Kedah, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Program seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah dapat meningkatkan motivasi, memperkukuh kerjasama dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pegawai syariah.

Tags :