
PELUPUSAN FAIL OLEH UNIT REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH DI MRS KUBANG PASU
Kubang Pasu, 7 Jun 2026 – Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah telah melaksanakan kerja-kerja pelupusan fail lama bagi tahun 2016 untuk kes Mal dan tahun 2022 untuk kes jenayah di Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kubang Pasu yang bermula pada 7 hingga 8 Jun 2026.
Pelupusan ini melibatkan fail-fail yang telah melebihi tempoh penyimpanan yang ditetapkan selaras dengan peraturan dan garis panduan pengurusan rekod yang berkuat kuasa. Proses ini dilaksanakan secara sistematik dan teratur bagi memastikan hanya dokumen yang layak sahaja dilupuskan.
Sepanjang tempoh pelaksanaan, Unit Rekod dengan kerjasama kakitangan MRS Kubang Pasu telah menjalankan semakan, pengasingan serta pelupusan fail dengan penuh teliti. Langkah ini penting dalam memastikan pengurusan rekod mahkamah sentiasa kemas, teratur dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Pelaksanaan pelupusan fail ini juga bertujuan mengoptimumkan ruang simpanan serta meningkatkan kecekapan pengurusan dokumen di premis mahkamah. Usaha berterusan seperti ini mencerminkan komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah dalam memperkukuh tadbir urus rekod yang lebih cekap dan berintegriti.
Admin
Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu