19 Ogos 2026 | Rabu
Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Konvoi Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Daerah Pendang Tahun 2026 yang berlangsung pada 19 Ogos 2026.
Turut menyertai kempen ini ialah wakil Mahkamah Rendah Syariah Pendang, iaitu En. Zulfahni, En. Ikmal, Puan Norliza dan Pn. Nasyitah, sebagai tanda sokongan terhadap usaha menyemarakkan semangat cintakan negara.
Objektif dan tujuan program adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara, menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang serta menyatupadukan rakyat dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan.
Jalur Gemilang berkibar, semangat Merdeka terus menyinar!
#MalaysiaMadani #HariKebangsaan2026 #HKHM69 #JalurGemilang #DaerahPendang #MahkamahSyariahPendang



