PANGKOR, PERAK, 18–20 Ogos 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK) telah menyertai Bengkel 3 : Program Reformasi Kerenah Birokrasi yang berlangsung selama tiga hari, dari 18 hingga 20 Ogos 2026 bertempat di Pangkor Coral Bay Resort, Perak.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada usaha memperkemas dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah melalui pelaksanaan projek-projek reformasi yang berimpak tinggi, khususnya dalam mengurangkan tempoh masa pengurusan dan penyelesaian kes.
Sebanyak empat projek utama telah dikenal pasti dan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan Mahkamah Syariah, iaitu:
1.Mempercepatkan pengurusan kes faraid daripada 28 hari kepada 14 hari.
2.Mempercepatkan tempoh penyelesaian kes daripada 8 bulan kepada 6 bulan.
3.Mempercepatkan pengeluaran perintah bagi kes perceraian dengan persetujuan bersama daripada 14 hari kepada 3 hari.
4..Mempercepatkan pengurusan kes tuntutan berbilang daripada 365 hari kepada 21 hari
Pelaksanaan keempat-empat projek ini mencerminkan komitmen JKSNK dalam meneruskan agenda transformasi perkhidmatan awam serta memastikan proses kerja Mahkamah Syariah sentiasa responsif terhadap keperluan masyarakat.
Program Reformasi Kerenah Birokrasi ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti punca kelewatan, menilai semula proses kerja sedia ada serta merangka intervensi yang lebih praktikal dan berimpak dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
JKSNK komited untuk memastikan hasil bengkel diterjemahkan melalui pelaksanaan projek yang berkesan dan boleh diukur, seterusnya menyumbang kepada perkhidmatan Mahkamah Syariah yang lebih pantas, cekap, mudah dan berorientasikan pelanggan.










